Monday, September 8, 2008

besh gler lagu nih...layannn...



I wasn't perfect
I done a lot of stupid things
Still no angel
I wasn't looking for forgiveness
I wasn't laid up by my pride
Just shocked by her attention

Did someone sign me up for love?
I didn't want it
But now I can't live without it

She changed my life
She cleaned me up
She found my heart
Like only a woman can
She pulls me up
When she knows I'm sad
She knows her man
Like only a woman can

She's kinda perfect
She's kinda everything I'm not
Yes, she's an angel
It's amazing how she's patient
Even more at times I'm not
She's my conscience

But who decided I'd be hers?
I want to hate them
Cause now I can't
live without her

She changed my life
She cleaned me up
She found my heart
Like only a woman can
She pulls me up
When she knows I'm sad
She knows her man
Like only a woman can

Like only a woman can

But who decided I'd be hers?
I want to hate them
Cause now I can't
live without her

She changed my life
She cleaned me up
She found my heart
Like only a woman can
She pulls me up
When she knows I'm sad
She knows her man
Like only a woman can

syukur Alhamdulillah...amin

Assalamualikum...

Salam Ramadhan buat sume shabat2...aku sebenonye da lupe ape la passwrd aku utk akses kat blog ni hehe...itu menunjukkan usia ku semakin bertambah dan daya ingatan semakin lemah hehe (seb bek sedo diri) tapi aku tak mengalah...terus dan terus mencoba hehe...n finally berkat bulan baik ni dapat gak aku masuk blik kat sini...

tak de ape nak dikabokan melainkan rasa lapo ari ni len macam skit...maklum la kan dok kat dlm air cond n Alhamdulillah gak tahun ni bln pose cam tahun lepas cuaca dingin di iringin ujan membuatkan aku skit "membekuuuu"...pepaham aje la yea haha

so takat ni aje utk kali ni..harap2 aku tak lupa lg passwrd n c u byeeee..salam

Thursday, August 21, 2008

"CINTAMU...UTK KU...."

"MELAYAN PERASAAN"



Cinta Tak Kenal Siapa

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain...Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu...Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah...denganmu

REMAJAKAH AKU?

ptg tadi mesyuarat AJK kesatuan (union) bil 1 bg penggal 2008/2010 pon bersidang..dalam banyak2 perkara yg dibentangkan n pelbagai isu dibangkitkan...aku mmg tepanjat gile dgn jawatan yg depa dok bg kat aku...selain drpd mewakili kump pentadbiran dan perkeranian aku jugak ditugas utk menjadi pengerusi biro REMAJA....aku ulang skali lagik....BIRO REMAJA....aku bantai gelak mcm nak mampuih...depa yg len dok pandang sambil wat muke blur...apsal mamat ni gelak? agaknya tu yg depa tu pikiokan...aku pon bersuara la..."adakah sya kelihatan masih spt REMAJA?"...heheh aku gelak lagik...aku cakap dengan usia aku yg da melepasi tahap keremajaan tu...pada aku tak sesuai la biro tu diberikan dengan nama sedemekian rope...geli ketiak aku..hehe so aku pon ckap la kat depa thanx coz percaya n memberi harapan kat aku utk mendekatkan lagik generasi muda kat opis aku ni dengan kesatuan...tapi perkara pertama yg aku nak tuko ialah nama biro ni...sgt tidak sesuai utk digunakan sedangkan aku sudah melepasi angka tu...hehe...n tuan presiden pon cakap....hah..tuko la nama tu n lantik AJK dibawah aku...keh..keh...so skrg ni aku akan pikiokan apekah nama yg sesuai dgn biro ni n aku pon dok garu pale ni sape la yg berminat nak jadik AJK aku ni...maklum aje le....aku ni bkn nye pames sgt..tak pe...akan aku usahakan...

p/s-kepada yg berminat utk berkhidmat bersamaku sila la bg nama yea...n sila bg cadangan ape la nama yg susuai utk biro aku ni?....

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN....

MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA!!!!!!

opis aku ari ni dengan bangga dan belagaknya telah mengadakan majlis perasmian bulan kemerdekaan utk tahun ni la....seawal jam 8.20 aku n rakan2 da hegeh2 ke blok A sane diiringi cuaca yg mmg aku jangkakan akan ujan lebat...kami pon beriya2 le pegi sana kununnya mcm da lmbat sgt la...skali sampai....itu latok n mgmt team tatak turun lagik...so ape lg la..besepah la masing2...da lpas amik bendera percuma (keadaan bendera agak menyedihkan skit...kualiti mmg takat worst la jugak...kalo direntangkan bleh nampak jiran sebelah (jarang ya amat) . macam2 bunyik kedengaran...masing2 bile da jumpe geng masing2 ape lg..seawal jam 8.40 tu da anyam ketupat sambil mkn lepat...hehe lantak korang la kan...kaki masing2 sengal...lutut agak da longgar la jugak baru la itu latok n mgmgt team turun.....hmmmmm nasib baek je...kalo ikut ati nak sepak je seko2...tapi apa kan daya kakiku tak cukup panjg...mejlis pon bermula la...baca doa nyanyi lagu...ada letup2...nyanyi lagu lagik...kibar bendera n last skali muncul la belon2 dr ruang angkasa...sungguh menakjubkan keh..keh...spt biase mejlis diakhiri dengan minum pagi percuma...mkn setanded NASIK LEMAK seringit...KACIPAP (18SX) n kuih seri muka n ayo teh tarik...tapi sgt seronok la jugak bkn ape...pepagi da nyanyi2....yg len pon bekobar seh...aku pon apa lg...layannn

Wednesday, August 20, 2008

"SEMARAKKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-51"


kini..."JALUR GEMILANG"


dahulu....





Gambar di atas menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk menerima rekaan berkenaan. Rekaan bendera itu akhirnya telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu tigabelas buah Kerajaan Negeri dan satu Kerajaan Persekutuan.

Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.